|
Sekapur Sirih.......

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kerna sudi meluangkan masa untuk melawati laman web yang tak seberapa
ini. Pertama sekali syukur kepada Allah s.w.t kerja dengan berkat keizinannya dapatlah saya menyiapkan laman web ini. Terima
kasih tak terhingga kepada Cik Marziean (bila nak kawin??) selaku pensyarah matapelajaran Multimedia di atas tunjuk ajar beliau.
Rakan rakan seperjuangan DCS dan DBS dan sesiapa juga yang terlibat dalam pembikinan laman web ini.
Secara asasnya
laman web ini lebih menjurus kepada laman photo album aktiviti student Diploma DCS Intake July 99 (Perakian's Gitu).
Adalah diharapkan juga agar laman web ini menjadi tempat kenang kenangan kita semasa berada di UPM ini setelah 2 tahun
bersama sama bergelar pelajar UPM. Dengan adanya page Di Mana Kami iaitu senarai nama dan alamat rakan rakan, jgnlah lupa
mengutus khabar berita kepada rakan rakan seperjuangan. Manalah tahu,mungkin selepas tamat pengajian kita di UPM, masing masing
membawa haluan sendiri. Pada yang meneruskan pengajian, semoga berjaya dan kepada yg akan menempuh alam pekerjaan, juga diucapkan
semoga berjaya.
Bila ada pertemuan, akan juga ada perpisahan. Terus terang dari hati saya, saya memohon ampun dan
maaf kepada semua rakan rakan jika ada kesilapan yang telah saya lakukan kepada rakan rakan semua. Jangan ambil hati yer,
sekadar senda gurau, gurauan berkasih gitu.. kalau memerlukan bantuan, silalah hubungi saya, saya akan cuba sedaya upaya membantu
rakan rakan semua. Sekian.. AKU SAYANG KORANG SEMUA!! :)
WebMaster budakcute.cjb.net,
Mohd Azlan Md
Nor

|